Sunday, September 14, 2014

Hikmah 11

Ilmu motivasi ialah untuk menggalak manusia berusaha. Usaha dan ikhtiar itu adalah dari seorang hamba tetapi dia tak boleh sombong bila usahanya berjaya kerana yang memberi bekas pada usahanya hanya Allah Taala sahaja.

Thursday, June 30, 2011

Hikmah 10

1.Ketidakhirauan (ignorance) sering disifatkan sebagai sesuatu yang negatif, namun ia memberi sumbangan besar dalam hidup. Contohnya seorang usahawan dan pendakwah akan berjaya di bidang masing-masing jika tidak menghiraukan cemuhan orang.

2.Adanya orang2 bodoh itu tidaklah memudharatkan tapi adanya orang bijak di kalangan org2 bodoh itu amat bahaya kerana dia akan menyebarkan virus kebodohan kepada orangramai.

3. Orang yang bebas tetapi malas ialah orang yang terpenjara dalam kebebasan.

Wednesday, December 8, 2010

Hikmah 9

Seorang yg ego marah bila org mengatakannya egois. Tapi bila dia menyedari dirinya seorang egois, ada sedikit peningkatan dalam akhlaknya.

Wednesday, December 1, 2010

Hikmah 8

Sesuatu yang diusahakan bukan kerana terdesak itu biasanya lambat untuk mendapatkan hasilnya serta ada ujian. Barang sesiapa yang tidak sabar dengan ujian itu adalah seorang yang zalim dan tamak.

Sunday, November 28, 2010

Hikmah 7

Walaupun anda menanam padi dan tumbuhnya lalang, ia tetap satu anugerah. Sekurang-kurangnya anda berjasa untuk menghijaukan alam ini dan membekalkan oksigen untuk pernafasan manusia.

Sunday, November 21, 2010

Hikmah 6

Dalam hidup, wajib ada pengorbanan. Hidup tanpa pengorbanan sama seperti jasad tanpa nyawa. Seperti hidup berseorangan tanpa teman. Kejayaan dan keharmonian setiap yang hidup bermula dgn pengorbanan. Renung-renungkan. Salam.. (Dari facebook Faizal Tahir)

Sunday, November 14, 2010

Hikmah 5

Jangan meMENDAM kemarahan, nanti ia terkumpul. Tapi PADAMkanlah kemarahan agar ia hilang.