Wednesday, November 3, 2010

Hikmah4

Lusuh dan koyak adalah bukti istiqamah

Thursday, October 28, 2010

Hikmah3

BINATANG itu dikawal dengan pagar dan tali,manusia pula dijaga dengan amanah dirinya sendiri sebagai hamba ALLAH. (Dari facebook).

Monday, October 25, 2010

hikmah2

Seorang pahlawan menjadikan cinta sebagai matlamat dan kuasa sebagai alat, manakala seorang ahli politik menjadikan kuasa sebagai matlamat dan cinta sebagai alat.Seorang pahlawan sanggup menempuh risiko, manakala seorang ahli politik seboleh2nya cuba mengelak risiko.

Cinta lelaki itu adalah cinta sang penakluk, dia tidak akan melupakan negeri asalnya setelah menakluki negeri lain. Manakala cinta wanita itu adalah cinta orang nomad, setelah berpindah ke negeri lain dia akan melupakan negeri asalnya buat selama-lamanya.

Friday, January 29, 2010

Kata2 Hikmah

1. Tatkala mentari berselisih dengan bulan, gerhanalah alam. Tatkala mereka bertemu dan berlanggaran, kiamatlah alam.

2. Tatkala otak mengambil alih kerajaan hati, luputlah cinta dan lenyaplah kemanusiaan.

3. Insan yang mengutamakan pembangunan rohaniah, akan meningkat tinggi hingga ke syurga, manakala insan yang mengutamakan pembangunan jasmaniah, bangunannya semakin tinggi dan akhirnya akan runtuh menimpa dirinya sendiri.

4. Kalau tiada cahaya mentari, semua makhluk akan keresahan, tapi kalau tiada cahaya bulan, hanya sang pungguk yang menggelabah.